Pages

Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Friday, August 27, 2010

Doa Untuk Kekasih


Bismillahhirrahmannirrahim,


Ya Allah... Seandainya telah Kau catatkan dia milikku tercipta buatku
dekatkanlah ia padaku titipkanlah kemesraan antara kami agar
kebahagiaan itu abadi dan Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih
seiringkanlah kami melayari hidup luar ini ketepian yang sejahtera.


tetapi Ya Allah... Seandainya telah Kau takdirkan dia bukan milikku
bawalah ia jauh dari pandanganku luput dari ingatan ku dan
peliharalah diriku dari kecewa Serta Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha
Mengerti berilah aku kekuatan melontar bayangnya ke dada langit
silang bersama senja merah dan gelap pekat awan agar ku bisa
bahagia walau tanpa dirinya


Ya Allah Tercinta.. gantikanlah yang telah hilang tumbuhkanlah
kembali yang telah patah meski tiadakan sama dengan dirinya... Ya
Allah Ya Tuhanku pasrahkanlah aku dengan KetentuanMu
Sesungguhnya Takdir Mu itu yang terbaik buatku kerana Engkau
Tuhanku itu yang terbaik buatku Yang Maha Mengetahui Segala
yang Terbaik


Ya Allah... Cukuplah Engkau sahaja menjadi Pemeliharaku di Dunia
dan Akhirat dengarlah rintihan daripada hambamu yang daif ini
Sesungguhnya aku tidak kuat melawan nafsuku sendiri janganlah
Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini hingga akhirat
Menjerumuskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran

Maka, kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
membimbingku ke jalan yang Engkau redhai dan kurniakanlah
kepada ku keturunan yang soleh.... amin!"

Isu Halal Mc D


Sebut jer pasal Mc D semua org dah taw..well known punyer Fastfood..kat mn2 pown ader McD..cepat+mudah+kenyang=puas hati..kan btul kan...

But baru2 neh kita dikejutkan dgn kenyataan bhw daging McD xdisembelih dgn cara yang halal..lebih merunsingkan bila sijil halal mereka dikhabarkan telah ditarik balik oleh JAKIM..effect dia kat aku xderlah mengejut sgt..sbb kdg2 bila dah slalu sgt mkn fastfood neh..rasanya agak muak dah kan..tp ader gak masa3nye rase lidah neh nak menjamah McD..agak menyentapkan jantung gak la berita neh..

Tp akhirnya..berita gembira utk semua kerana McD kini telah disahkan halal dan sijil halal mereka telah dikembalikan..what a relieved kan..syukur sgt2..sbb even xla addict sgt mkn McD neh but bila ms nak cepat sgt kena ngadap gak McD.. untuk tinjauan lanjut sila klik.